Sunday, June 13, 2010

Maha Pencipta dan Hamba-hamba-Nya....

Bulan ni, bulan Rejab.. bulan kepunyaan Allah... elok kalau kita puasa, and bersedekah... Bulan terbukanya pintu langit dan pintu syurga...

Hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")


Insya Allah, saya akan berpuasa pada bulan yang mulia ini... banyak kelebihan kelebihannya.... Elok juga kalau kia renungi kesilapan keselipan dan juga dosa dosa yang kita telah lakukan, tak kira yang terang ataupun tersembunyi... Bagi saya, tiada lain yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri...


Kita, sebagai hamba Allah yang disayangi akan sentiasa diuji oleh-Nya..., Kita dihujani cabaran dan ujian yang datang dan muncul dalam pelbagai bentuk.... Mujurlah kita bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa kerana mengutuskan pelbagai macam kejadian.... Kerna, hanya dengan melalui dan mengharungi ujian-Nya dapat kita menerima petunjuk, dan kembali ke pangkal jalan-Nya yang benar...


Allah akan melapangkan dada kita, jikalau masalah yang kita hadapi tu bagaikan hutan belukar yang belum diterokai manusia.... Jangan risau, jangan bersedih, La Tahzan!
He will always be by my side, by your side, by our side, for Allah is The Most Loving, The All-Knowing... Tiada siapa dalam dunia ni yang lebih mengenali diri kita, selain Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi.........


Renungilah Kembali, kalian!

No comments:

Post a Comment